detik hati teberhenti sebentar
bila kaki melangkah
tiada lagi satu kata boleh menariknya kembali
hukum kanun kehidupan
walau sedaya upaya untuk berundur
namun ada tangan lutsinar yang menarik hati kosong ke hadapan
alunan tali-tali halus tidak lagi menghembus nafas tenang
terdiam dalam mencari jawapan
kerana ego
cahaya -Nya aku usir
aku tahu di mana silap kunci aku letakkan
cuma masih degil
tidak bingkas bangun menyatakan kesalahan
dan kejahilan
namun ku harap
pesanan abadi
dari titip dalam hati kecil ini
berdetik membawa gelombang maha besar terhadap seluruh jiwa
biar is menggeletar
membawa sayu kejahilan pergi
dan mendamaikan hati.
nukilan ikhlas
-arema.my-
Comments
Post a Comment