SAJAK : PEJUANG KEMERDEKAAN ZAMAN KINI
PEJUANG KEMERDEKAAN ZAMAN KINI
Detik 12 kali jam randik
kecil itu,
Membawa aku lari dari
tarikh dinihari,
31 OGOS 2013,
Ya!!!,
Aku mahu mengimbau helaian
lama,
Mengenang kembali memori 56
tahun kebelakang.
Pada saat itu,
Tulang empat kerat ini ku
paksa memikul senjata,
Dawai-dawai halus urat-urat
ku,
Ku tegah dari meletakkan
senjata,
Ya!!!!,
Sebutir parut peluru masih
tersimpan di rusuk kiri,
Sebagai kenangan
perjuangan,
Menuntut secebis
kemerdekaan,
Bagi tanah yang kini
ketandusan putik perpaduan.
Namun kini,
Kemerdekaan tidak lagi
disambut dengan doa kepada sang Ilahi,
Kemerdekaan tidak disambut
lagi dengan tangisan kesyukuran,
Pejuang kemerdekaan zaman
pasca merdeka ini,
Sibuk meletupkan bahan api mereka di angkasa,
Mereka sibuk memanaskan
badan dengan berpesta tarian di padang sambutan,
Mereka tidak lagi sujud di
sejadah memohon keberkatan,
Mereka kini berpeluk sakan
bersama kekasih hati,
Kerana pengertian MERDEKA
bagi mereka ialah,
AKU BEBAS DARI
SEGALA-GALANYA.
Tubuh kerdil ini menangis,
Apabila melihat bendang ku,
Hijaunya tidak lagi seperti
dahulu,
Melihat awan yang araknya
menongkat dagu,
Melihat burung yang
nyanyiannya senantiasa pilu.
Aku tidak lagi bangga
dengan kemerdekaan yang aku perjuangkan,
Aku tidak lagi melihat bumi
Malaysia ini berdiri megah bersulam indah dengan perpaduan,
Namun,
Aku tidak akan menyesali
jasa urat-urat serta tulang-temulang ku,
Buktinya,
Sebutir parut peluru,
Masih ku sisip indah di
rusuk kiri ku.
DIKARANG INDAH OLEH ;
AMERA BINTI MOHD YUSOF
PELAJAR TAHUN KEDUA IJAZAH
SARJANA MUDA PERUNDANGAN,
UNIVERISITI MALAYA.
06 SEPTEMBER 2013
Comments
Post a Comment